Wajib Tahu! Petua Hilangkan Sakit Gigi, Boleh Urut Dekat Titik Ini Saja.

Wajib Tahu! Petua Hilangkan Sakit Gigi, Boleh Urut Dekat Titik Ini Saja.

Petua hilangkan sakit gigi yang amat membantu anda sekiranya  diserang sakit gigi.

Sakit gigi memang amat menyakitkan dan apabila diserang, susah untuk kita melakukan apa-apa kerja. Emosi menjadi terganggu dan fikiran menjadi berserabut. Apa yang patut segera dilakukan apabila diserang sakit gigi adalah anda perlu segera berjumpa dengan doktor gigi.

Namun, doktor gigi tidaklah bertugas setiap masa. Kalau perlu menunggu beberapa jam lagi, memang sengsara bukan? Jangan risau, untuk posting kali ini kami kongsikan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meredakan kesakitan di gigi anda. Ini antara petua-petua yang boleh anda lakukan sebelum anda berpeluang berjumpa dengan doktor gigi anda.

Sebelum itu, anda patut tahu simptom-simpton sakit gigi. Simptom-simptomnya termasuklah:

  • Kesakitan menusuk seperti seseorang menikam gigi anda dengan benda tajam
  • Kesakitan berdenyut seperti gigi anda mempunyai denyutan jantungnya sendiri
  • Bengkak di sekeliling gigi
  • Gusi yang kemerahan
  • Kesakitan mulut secara keseluruhan dan tidak dikenal pasti puncanya.

Sekiranya berlaku simptom di atas, lakukan petua-petua seperti di bawah ini. Petua hilangkan sakit gigi ini boleh dilakukan di rumah dan amat mudah. Hanya perlu menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Bahan-bahan semulajadi ini kebiasaannya mempunyai kesan antiseptik atau mengebas yang boleh meredakan kesakitan anda. Jom kita tengok macam mana nak buat.

Petua Hilangkan Sakit Gigi

Air garam

Sebelum bertemu doktor, antara perkara yang patut anda lakukan adalah berkumur dengan air garam yang suam. Campurkan 1/2 sudu teh garam biasa dengan segelas air suam (250ml).

Berkumur dengannya dan kemudian keluarkan. Jangan diminum air garam ini. Apa yang anda boleh lakukan kemudiannya adalah ambil floss gigi dan gunakannya untuk membuang sebarang sisa makanan yang terlekat.

Tuaman Ais

Sekiranya muka anda membengkak, letakkan pek ais di atas pipi anda. Ia boleh meredakan kesakitan anda terutamanya sekiranya gigi anda terserpih atau longgar. Apabila dituam dengan air, ia akan menyebabkan saraf menjerut dan mengurangkan kesakitan anda.

Untuk melakukan ini, balutkan pek ais dengan kain dan tuam ke atas bahagian yang sakit selama 20 minit pada satu-satu masa. Boleh ulang setelah beberapa jam, sebelum anda bertemu dengan doktor.

Bawang putih

Antara petua hilangkan sakit gigi yang lain adalah dengan menggunakan bawang putih. Apabila dihancurkan, bawang putih akan merembeskan allicin, sejenis cecair berminyak yang boleh melawan penyakit semulajadi.

Ambil seulas bawang putih dan kunyahkan atau ambil hirisan bawang putih dan letakkan di atas gigi anda.

Minyak Cengkih

Cengkih telah digunakan untuk merawat sakit gigi berkurun lamanya. Ini kerana minyak cengkih boleh mengurangkan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Ia mengandungi eugenol, iaitu sejenis bahan antiseptik semulajadi.

Untuk mengaplikasikannya, celupkan segumpal kapas ke dalam sedikit minyak cengkih dan letakkannya ke atas tempat yang sakit. Anda boleh melarutkan minyak cengkih dengan beberapa titik minyak lain seperti minyak zaitu, atas air. Lakukan ini beberapa kali sehari. Selain itu, anda juga boleh meletakkan beberapa titik minyak cengkih ke dalam secawan air dan jadikan sebagai ‘mouthwash’.

Gambir

Gambir mengandungi bahan yang boleh mengebaskan oleh itu ia baik untuk melegakan kesakitan. Caranya adalah merendamkan sedikit gambir ke dalam secawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur dan letakkan pada tempat yang sakit.

Menekan Titik Akutekanan

Hampir seperti akupuntur, namun tanpa menggunakan jarum, akutekanan adalah salah satu petua hilangkan sakit gigi yang anda boleh aplikasikan di rumah. Ia tidak melibatkan apa-apa bahan, apa yang perlu anda lakukan adalah mencari titik tekanan antara ibu jari dan telunjuk anda (seperti gambar dan video).

Urutkan di bahagian ini selama dua minit atau letakkan ais ke atasnya untuk membebaskan hormon endorphin yang boleh membantu mengurangkan kesakitan.

Kesimpulan

Seperti yang tercatat, ada banyak petua yang boleh digunakan untuk mengurangkan sakit gigi hanya di rumah dan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Apapun, petua-petua ini bukanlah sebab untuk anda tidak melakukan pemeriksaan gigi ataupun bertemu doktor gigi untuk mendapatkan rawatan.

Apabila diserang sakit gigi, segera dapatkan rawatan doktor. Seperti yang kami katakan, petua-petua ini adalah untuk membantu mengurangkan kesakitan sebelum anda dapat bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Ada petua-petua yang lain? Boleh kongsikan di ruang komen. Kongsikan artikel ini supaya ramai-ramai boleh mendapat manfaatnya. Sakit gigi ini, semua orang akan menghadapinya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *