Cara Hilangkan Eyebag Menggunakan Bahan Semulajadi

Cara Hilangkan Eyebag Menggunakan Bahan Semulajadi

Masalah eyebag sememangnya menjadi gangguan buat sesetengah orang. Sekiranya anda termasuk dalam golongan ini, anda tidak lagi perlu risau. Kami kongsikan untuk anda pada post kali ini cara hilangkan eyebag dengan mudah dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Kenal Pasti Punca Eyebag

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan eyebag. Antaranya ialah:

  • Gangguan tidur
  • Terlebih tidur
  • Stress
  • Kepenatan
  • Kegatalan pada bahagian mata dan kulit seperti ekzema
  • Sensitif kepada product makeup
  • Penuaan (aging)

Jangan risau, masalah ini boleh diatasi. Caranya boleh dilakukan di rumah sahaja. Jom tengok bagaimana cara hilangkan eyebag secara semula jadi.

Cara Menghilangkan Eyebag

1. Madu

Madu sememangnya dikenali memiliki anti-inflamasi dan anti-bakteria dan banyak digunakan untuk menyembuhkan luka atau penyakit dalam perubatan tradisional dan semulajadi. Namun tahukah anda ia juga mempunyai fungsi untuk menghilangkan eyebag anda?

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu mengambil sedikit madu dengan jari anda. Kemudian, sapukan madu tersebut di bawah mata anda (di tempat eyebag) sebelum tidur. Biarkan semalaman, dan apabila anda bangun tidur, kesan hitam dan bengkak akan menyurut.

2. Timun

Timun adalah satu bahan yang sangat bagus untuk memulihkan kesan eyebag anda. Ada sebabnya timun digunakan di spa-spa kecantikan. Ini kerana timun mempunyai agen pencerahan kulit, selain daripada sifat seperti madu iaitu anti-inflamasi. Ia telah digunakan selama berabad lamanya.

Cara untuk menggunakannya adalah denganĀ  meletakkan timun ke dalam peti ais. Setelah sejuk, hiriskan 2 potong timun, dan letakkan di atas mata anda selama 10 hingga 15 minit, tidak lebih tiga kali sehari.

3. Jus Lemon

Untuk rawatan yang tidak memerlukan masa yang lama, mengapa tidak anda cuba menggunakan jus lemon. Jus lemon mempunyai kompaun yang amat baik untuk mencerahkan kulit.

Cara mengaplikasikannya adalah dengan mencelupkan putik kapas ke dalam jus limau, dan sapukannya di keliling mata anda. Pastikan ia tidak memasuki mata anda! Hanya sapu di sekelilingnya. Kemudian biarkan selama 10 minit sebelum membilasnya dengan air bersih.

4. Kentang

Kompaun semulajadi kentang yang boleh mencerahkan kulit adalah baik untuk mencerahkan dan mengurangkan bengkak eyebag anda. Caranya adalah dengan menyejukkan kentang tersebut selama beberapa minit. Kemudian, potong kentang tersebut kepada dua bahagian.

Sapukan setiap satu bahagian kentang tersebut pada mata anda secara bulatan, dan kemudian biarkan ia di atas mata anda selama 15 ke 20 minit. Anda akan mendapati bengkak pada eyebag anda akan surut pada kadar yang cepat.

5. Uncang Teh

Uncang teh juga adalah salah satu cara hilangkan eyebag yang bagus. Caranya adalah dengan mengambil dua uncang teh. Basahkan uncang tersebut dan kemudian sejukkan ia di dalam peti ais.

Letakkan kedua-duanya di atas mata anda selama 20 ke 25 minit. Ini akan mengurangkan kesan hitam dan bengkak pada mata anda.

6. Putih Telur

Putih telur boleh digunakan untuk mengurangkan eyebag dengan menyapukannya di sekeliling mata anda. Sebaik-baiknya sapukan menggunakan berus supaya ianya rata.

Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya dengan air bersih. Anda akan dapat merasai kesannya yang menegangkan lagi kulit, dan mengurangkan bengkak eyebag.

Cara Mengelakkan Eyebag

Selain menghilangkan eyebag, adalah lebih baik anda berusaha untuk mengelakkan berlakunya eyebag. Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan berlakunya eyebag. Jom kita tengok apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan eyebag.

1. Menjaga allergi anda

Anda pasti tahu apabila anda diserang alahan, pastinya mata anda akan menjadi berair dan membengkak. Ini tidak dapat dielakkan, kerana ia adalah salah satu simptom apabila anda diserang alahan. Cara yang terbaik adalah mengurangkan alahan anda menggunakan cara semulajadi seperti ‘essential oil’.

2. Mengurangkan garam

Kebiasaan yang kita dengari adalah garam biasanya dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Namun tahukah anda, garam boleh menahan air dalam badan dan ini boleh menjadi punca bengkak pada mata anda.

Kurangkan mengambil garam dalam makanan serta elakkan makanan yang tinggi kandungan garamnya.

3. Banyakkan bersenam

Tak dinafikan bersenam amat baik untuk tubuh badan manusia. Bersenam adalah cara semulajadi untuk mengurangkan penuaan dan boleh membuatkan kulit lebih sihat dan segar.

Lakukan banyak senaman dan fokuskan kepada senaman muka kerana ia membantu melancarkan pengaliran darah dan membawa pergi lebihan air dari muka anda sekaligus mengelakkan berlakunya bengkak.

4. Kurangkan atau hentikan meminum alkohol

Adalah amat disarankan untuk anda mengurangkan mengambil minuman beralkohol atau menghentikannya terus daripada diet anda. Alkohol boleh mengecutkan kulit anda dan akan menyebabkan kulit di sekeliling mata anda surut dan nampak gelap.

5. Berhenti merokok

Merokok boleh menyebabkan kulit anda kering dan lemah. Ia turut mendatangkan penuaan pra-matang pada kulit disekeliling mata anda. Bahan toksik yang ada pada rokok juga akan memberikan kesan kepada kulit anda dan akan menyumbang kepada berlakunya eyebag.

Berhenti merokok dan anda akan merasai kesannya dengan jelas.

Kesimpulan

Ada pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan eyebag. Semoga cara hilangkan eyebag yang kami kongsikan di sini akan membantu anda mengatasi masalah ini sekiranya ia sudah lama membelenggu hidup anda.

Atau untuk cara lebih mudah, cuba amalkan cara-cara yang kami kongsikan di atas untuk mengelakkan terus dari berlakunya eyebag. Semoga berjaya!

Anda ada cara lain untuk menghilangkan atau mengelakkan berlakunya eyebag? sila kongsikan diruang komen untuk manfaat bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *