Dengan Gaji RM2,000 Sebulan, Ini Caranya Menyimpan Duit Sehingga Berjaya Mencecah RM12,000

Dengan Gaji RM2,000 Sebulan, Ini Caranya Menyimpan Duit Sehingga Berjaya Mencecah RM12,000

Setiap individu mempunyai sumber pendapatan dan keperluan kewangan yang unik dan berbeza. Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai teknik atau panduan menabung yang mudah dah praktikal mengikut pendapatan masing-masing untuk dicuba.

Kita boleh mengaplikasi kaedah mereka sebagai rujukan dan tanamankan sifat untuk lebih konsisten agar mencapai objektif yang telah ditetapkan. Manalah tahu antara banyak-banyak kaedah yang dikongsi itu, salah satu daripadanya sesuai dengan bajet dan cara kita.

Hari ini kami kongsi pula lagi satu kaedah menabung untuk jangka masa panjang daripada Roziana Lily. Roziana berkongsi cara untuk menyimpan duit berjumlah RM12,000 sesuai kepada mereka yang berpendapatan RM2,000 sebulan.

Mari kita baca teknik yang dikongsi ini dan selalu ingat tiada apa yang mustahil. Orang lain telah melakukannya, anda juga boleh! Jika anda benar-benar berhasrat untuk berjaya dalam menabung, anda akan melakukannya.

Gaji besar tapi masih tiada saving….Bukan masalah gaji besar atau kecil…tapi kalau guna teknik menabung yang betul…Confirm tiada masalah tiada saving…

Lily memang dari mula sekolah dah belajar guna tabung…Teringat masa zaman lily kecil…abah beli tabung yg kadbord tu…bukan plastik…hehehe…dulu abah bagi duit syiling…setiap hari mesti duit tu lily letak dalam tabung…sehari abah bagi 50 sen…seposen beli cokelat bentuk doremon…40sen simpan dalam tabung…Hasil dia…tabung makin berat dan penuh…akhirnya pecah sebab tabung tu xtahan berat…

Pastu abah buatkan tabung buluh…cantikkk…jadi tak de masalah tabung pecah dah

Lily nak share cara tabung yang betul…setiap hari mesti kena disiplin…letak dalam tabung…duit syiling yang ada…2 bulan dalam tabung kat bawah dengan duit syiling sahaja Rm47…so purata…sebulan dalam RM25….10 bulan…duit syiling saja boleh saving RM250 ….ok ni cara duit syiling…

Kedua cara nak buat saving…Setiap kali dapat gaji…Sekurang2 nya 1/10 mesti kena transfer terus ke tabung haji…sekarang mudah tau…xperlu walk in ke tabung haji…kita boleh transfer guna maybank2u terus ke tabung haji…kne caj RM1…tapi ok la kan..dari walk in…minyak tol dah berapa…takut masa perjalanan ke tabung haji tersinggah g klcici shopping…

 

1/10 dari gaji yang dapat…

Contoh:

Gaji bersih RM2000

1/10 ialah RM200 saving sebulan…

Setahun dah RM2400…

5 tahun dah RM12000

Selamat mencuba

Sumber : Siakapkeli.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *