Doa Sujud Terakhir Solat, Amalkan 3 Doa Ini, Kelebihannya Sungguh Luar Biasa

Doa Sujud Terakhir Solat, Amalkan 3 Doa Ini, Kelebihannya Sungguh Luar Biasa

Amalkan membaca doa sujud terakhir dalam solat. Semua mengetahui bahawa sujud sebagai salah satu rukun dalam solat perlu dilakukan sebanyak dua kali bagi setiap rakaat. Duduk diantaranya juga termasuk di dalam rukun solat.

Ini menunjukkan betapa pentingnya sujud sebagai sebahagian daripada solat. Bahkan waktu yang kita paling hampir dengan Allah adalah ketika sujud di dalam solat. Cuba membaca doa ketika sujud, pasti merasakan lebih kusyuk.

Ini dikuatkan dengan hadi Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).”

-HR Muslim

Rasulullah S.A.W. biasa mengamalkan berdoa semasa sujud malah Rasulullah juga kebiasaannya akan memanjangkan sujudnya untuk banyak berzikir dan berdoa kepada Allah S.W.T.

Doa sujud terakhir yang kami kongsikan di sini mempunyai kelebihan yang sangat luar biasa. Ia sangat disarankan untuk diamalkanya.

Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Ini merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud.

1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah

اللهم إني أسألك حسن الخاتمة

“Allahumma inni as’aluka husnal khotimah”

Artinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”

2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat

اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت

“Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut”

Artinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”

3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

“Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika”

Artinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”

Memperlamakan Sujud Terakhir Untuk Berdoa

Doa-doa ini sesuai saja dibaca pada mana-mana sujud.

Namun ada ulamak yang menyarankan supaya memperbanyakkan doa dalam sujud terakhir. Ada banyak hikmah mengapa ini disarankan.

Antaranya adalah kadang kala seseorang itu kebiasaannya boleh terlupa rakaat dalam solatnya maka apabila selalu diamalkan berdoa pada sujud terakhir maka akan ada keyakinan bahawa itu adalah rakaat terakhir dalam solatnya.

Manfaat Sujud

Banyak manfaat memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Dalam hadis ada dinyatakan keistimewaan orang yang bersujud, Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya):

“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat.”

Mendengar itu para sahabat bertanya:

“Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah s.a.w.?”

Jawab baginda:

“Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”

Sahabat menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung:

“Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”

Sama-samalah kita sebarkan perkara ini, dan berniat baik dengannya.

Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, kerana tidaklah anda ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkan anda ke syurga Allah.

Sumber: I Am Kiram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *