Cara Mandi Wajib Menurut JAKIM. Mudah Dan Ringkas!

Cara Mandi Wajib Menurut JAKIM. Mudah Dan Ringkas!

Mandi wajib atau dipanggil mandi junub adalah sangat penting buat umat Islam. Ramai yang mengambil mudah berkenaan mandi wajib. Adalah penting untuk mengetahui cara mandi wajib yang betul untuk memastikan ibadah yang dilakukan sah dan diterima oleh Allah S.W.T.

Mandi wajib yang tidak sah akan menyebabkan ibadah lain yang dilakukan tidak sah. Oleh itu kami ingin kongsikan di sini cara mandi wajib yang bertepatan dengan kehendak Islam.

Cara mandi wajib yang betul ini menurut panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM. Pastikan semasa mandi wajib, gunakan air mutlak.

  1. Niat semasa air sampai ke tubuh
  2. Melafazkan “Bismillah”
  3. Membasuh tangan sebanyak tiga kali
  4. Membasuh kemaluan dengan menggunakan tangan kiri
  5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan menggunakan sabun
  6. Berwuduk. Boleh berwuduk seperti biasa sepertimana ketika hendak menunaikan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
  7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan air di atas kepala lalu disiram dengan air sebanyak 3 kali. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Sepertimana hadith dari ‘Aisyah (R.A) yang bermaksud:

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”

Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

  1. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)

  1. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
  2. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.

Sekiranya mandi dengan menggunakan “shower”, maka tidak perlu tiga kali. Adalah memadai sekiranya dia telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari kaki.

Disunatkan untuk menguraikan rambut wanita kerana rambut mereka yang kebiasaannya lebih panjang.

Tocang atau sanggul rambut hendaklah dibuka sekiranya dibimbangi air tidak sampai ke dalamnya.

Dicadangkan memakai kain ketika hendak mandi wajib, sesuai dengan ajaran Rasulullah S.A.W..

Wallahu ‘Alam.

Perkara Yang Mewajibkan Mandi

  1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.
  2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.
  3. Keluar haid, yakni darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.
  4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).
  5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.
  6. Mati, kecuali mati syahid.

Fardhu Mandi

Memasang niat semasa permulaan kenanya air pada tubuh. Niat untuk orang berjunub adalah mengangkat janabah atau hadas besar. Niatnya adalah seperti di bawah:

Maksudnya: “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.

atau

Maksudnya:

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta`ala”.

Niat untuk orang yang datang haid atau nifas adalah mengangkat hadas haid atau nifas. Niatnya seperti di bawah:

Maksudnya:

“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.

atau

Maksudnya:

“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.

Menghilangkan najis yang ada pada tubuh badan.
Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.

Rukun-rukun Mandi Wajib

1 – Menghilangkan apa-apa benda yang mencegah air daripada sampai kepada ke kulit, kuku dan bulu.

2 – Niat pada permulaan. (seperti di atas)

3 – Membasuh dengan air ke semua zahir tubuh yang meliputi kulit, kuku dan bulu. Oleh yang demikian:

  • Wajib air sampai ke akar rambut dan kulit kepala.
  • Wajib air sampai ke bawah kuku.
  • Wajib air sampai ke bahagian lubang dubur yang zahir (ketika buang air besar) dan kawasan zahir faraj ketika duduk.

Kerana itu ada ulama’ mengatakan wajib duduk ketika membasuh tempat-tempat tersebut ketika mandi wajib kerana dibimbangi air tidak sampai kepadanya.

Begitu juga wajib membasuh lapisan di bawah kulit zakar bagi mereka yang belum berkhatan.

Tidak wajib tertib di dalam membasuh anggota. Dibolehkan seseorang itu memulakan dengan kaki atau anggota-anggota lain. Tetapi yang afdhal memulakan basuhan di kepala.

Kesilapan Yang Biasa Orang Lakukan Berkaitan Dengan Mandi Wajib

  1. Tidak menutup aurat dari pandangan manusia
  2. Berniat sebelum air sampai ke tubuh
  3. Tidak meratakan air ke seluruh tubuh
  4. Menangguhkan manji wajib sehingga selepas matahari terbit
  5. Menutup kepala ketika mandi

Sumber: JAKIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *