Apa Itu Rota Virus, Ancaman Terhadap Bayi Dan Kanak-kanak

Apa Itu Rota Virus, Ancaman Terhadap Bayi Dan Kanak-kanak

Apa itu rota virus? Rotavirus adalah satu jenis virus yang mengakibatkan bengkak di dalam perut dan usus. Jika dilihat melalui teleskop, virus ini mempunyai bentuk bulat. Perkataan ‘rota’ itu adalah bermaksud bulat dalam bahasa Latin.

Jangkitan rotavirus adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun.

Antara tanda-tanda terkena jangkitan penyakit ini adalah cirit-birit, muntah dan demam. Lebih teruk lagi, sekiranya badan pesakit mengalami kekurangan cecair akibat cirit-birit dan muntah ini, ia boleh membawa maut jika gentian cecair tidak diberikan segera.

Salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak adalah rotavirus. Ia merebak melalui pencemaran najis.

Apa itu Rota virus : Siapa yang berisiko menerima jangkitan ini?

Kanak-kanak yang berusia lima tahun dan ke bawah mungkin pernah terkena jangkitan virus ini. Malah, jangkitan lebih berlaku kepada kanak-kanak berusia tiga bulan hingga dua tahun. Jangkitan ini boleh dikenal pasti dengan pemeriksaan sampel najis.

Terdapat lima spesies Rotavirus tetapi Rotavirus A ialah penyebab utama sakit di kalangan kanak kanak. Kebiasaannya, kanak-kanak akan mendapat imuniti setelah terkena jangkitan rotavirus.

Dengan itu, kanak-kanak yang mendapat jangkitan tersebut untuk kali kedua akan menerima kesan yang kurang daripada jangkitan kali pertama.

Apa itu Rota virus : Kesan rota virus pada bayi dan orang dewasa

Rotavirus boleh mengakibatkan kematian sekiranya tidak dirawat segera untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Akibat selalu muntah-muntah dan cirit-birit mengakibatkan kekurangan bendalir dalam badan dan membuatkan mereka lesu, tidak bermaya dan tiada selera.

Antara tanda mereka mengalami kekurangan bendalir dalam badan yang teruk adalah kurang bilangan lampin basah (kurang kencing), bibir dan mulut yang kering,tiada air mata ketika menangis, kulit terasa sejuk, serta mata dan pipi yang cengkung.

Gejala Rotavirus juga boleh berlaku ke atas orang dewasa. Namun kebiasaannya simptomnya kurang jelas. Ia mungkin lebih ringan atau tidak begitu serius.

Apa itu Rota virus : Cara penyebaran

Rotavirus tersebar melalui feco oral iaitu virus merebak melalui pendedahan daripada najis ke mulut kanak-kanak lain.

Ia boleh berlaku ketika seseorang menukar lampin bayi dan terkena najis pada tangannya. Dia kemudiannnya tidak membasuh tangan lalu memegang peralatan, objek, permukaan atau makanan.

Kemudian apabila ada kanak-kanak lain memegang peralatan atau permukaan tersebut dengan tangan, dan kemudian memasukkan tangannya ke dalam mulut dan menyebabkan virus ini akan tersebar kepada kanak=kanak tersebut.

Ia boleh merebak melalui tangan, mainan kanak-kanak atau objek di persekitaran tercemar, pengambilan makanan atau minuman tercemar dan sentuhan pada permukaan tercemar.

Mereka yang mengendalikan lampin bayi perlu mencuci tangan selepas menukarnya manakala mainan kanak kanak serta peralatan di sekitarnya perlu sentiasa bersih.

Apa itu Rota virus : Rawatan yang perlu dilakukan

Jangkitan rotavirus adalah punca utama cirit-birit di Malaysia yang menyebabkan kanak-kanak memerlukan rawatan hospital untuk menerima rawatan memasukkan air melalui saluran darah yang digelar intravena

Jangkitan Rotavirus merupakan 25 hingga 50 peratus punca kes cirit-birit yang memerlukan rawatan kemasukkan ke dalam wad.

Rawatan yang penting dilakukan adalah memastikan pesakit mempunyai kandungan air yang mencukupi di dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi (kehilangan air dan garam galian dalam badan yang teruk akibat muntah dan cirit-birit). Tiada rawatan khusus untuk membunuh virus tersebut.

Ibu bapa perlu dipastikan memberi anak minum air dengan sudu atau cawan sekerap mungkin jika anak-anak muntah. Ini adalah untuk mempercepatkan penyembuhan anak daripada jangkitan ini.

Rumusan air garam (ORS) juga akan diberikan oleh doktor untuk mengelakkan hidrasi atau jika terlalu teruk, pesakit perlu dirawat dihospital dengan memasukkan cecair melalui kaedah intravena.

Apa itu Rota virus : Apakah langkah untuk mengelakkannya?

Jangkitan Rotavirus adalah mudah merebak dan ia adalah sukar untuk dibasmi sepenuhnya. Untuk tempat-tempat seperti tempat permainan atau nurseri, kaedah untuk mengawalnya adalah dengan membasmi kuman secara kerap serta mengamalkan kebersihan diri dengan mencuci tangan selepas menukar lampin atau selepas ke tandas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( World Health Organisation,WHO) menyarankan pelalaian imunisasi Rotavirus sebagai satu strategi pencegahan terhadap jangkitan Rotavirus.

Di Malaysia , walaupun tidak terdapat di dalam program imunisasi kebangsaan, vaksinasi terhadap jangkitan Rotavirus ini masih boleh di dapati di klinik atau hospital swasta.

Vaksinasi dalam bentuk cecair yang perlu diminum boleh di beri pada bayi seawal usia enam minggu . Terdapat dua jenis vaksin dalam pasaran iaitu pengambilan dua atau tiga dos.

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?

Vaksin yang dihasilkan adalah vaksin oral jenis hidup. Ia mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu.

Vaksin ini tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan berpunca daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet.

Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.

Di Malaysia ada 2 jenis vaksin rotavirus iaitu ‘RotaRix’ dan ‘RotaTeg’. Pemberian vaksin perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar vaksin masing-masing.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada anak mereka untuk mencegah jangkitan ini.

Sumber: Myhealth

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *