Petua Hilangkan Bau Kaki Busuk Dan Mengganggu

Petua Hilangkan Bau Kaki Busuk Dan Mengganggu

Bau kaki busuk dan hapak memang menjadi masalah yang sangat besar terutamanya apabila berurusan dengan orang lain. Ramai yang hilang keyakinan diri kerana tidak tahu cara untuk hilangkan bau kaki yang amat tidak menyenangkan ini.

Bayangkan terpaksa membuka kasut di acara-acara atau tempat di khalayak ramai. Pasti anda akan berasa segan dan tidak selesa kerana tahu masalah yang dihadapi ini.

Jom kita saksikan bagaimana hendak hilangkan bau kaki busuk, dan juga mengelakkan ia daripada terjadi. Boleh cuba ya. Hilangkan terus bau yang mengganggu itu.

Cuci kaki dengan sabun antibakteria

Amalkan dengan mencuci kaki dengan sabun antibakteria setiap hari dengan bersih agar bakteria dan kuman tidak dapat hidup di celahan jari kaki anda dan seterusnya boleh menyebabkan bau kaki.

Potong cagu/kematu

Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.

Pakai stokin sesuai

cashmere wool socks

Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.

Tukarkan stokin setiap hari

Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. Euwww!

Gunakan kasut sesuai

Kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas akan memberikan pengudaraan yang baik berbanding material lain. Pastikan juga kasut dipakai tidak ketat.

Elakkan memakai kasut sama setiap hari

Sebagai persediaan, dapatkan 2 pasang kasut kerja/sekolah yang anda akan gunakan harian. Dipakai satu dan dijemurkan satu secara selang seli. Kasut yang lembap akan menggalakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.

Pakai ubat anti-perspiran

Seterusnya, untuk hilangkan bau kaki, boleh beli di farmasi sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.

Potong Kuku Pendek

Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung(berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.

Simpan kasut di rak kasut yang terbuka

Simpan kasut anda di rak kasut yang terbuka untuk mendapatkan pengudaraan dan pencahayaan yang cukup agar kasut boleh bernafas. Perlu ditekankan bahawa bakteria mudah hidup dan membiak di tempat yang tertutup dan gelap tanpa udara.

Skrubkan kaki

Skrub kaki anda untuk membuang kulit mati pada bahagian kaki agar kaki sentiasa bersih, segar dan bebas kotoran. Ini juga membantu untuk hilangkan bau kaki.

Amalkan petua orang lama

MELAINKAN ada kencing manis atau pun masalah saraf, boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh.

Sebagai contoh, teh hitam juga mampu menghilangkan bau kaki. Caranya adalah anda hanya perlu rendamkan kaki anda dengan teh hitam dan air suam selama 15-30 minit. Rendaman ini akan membantu anda untuk mengurangkan peluh pada kaki anda.

Nah, dah macam-macam cara untuk hilangkan bau kaki yang ada di atas. Boleh lakukan dan tunggu hasilnya. Bau busuk itu pasti bukan masalah buat anda lagi!

Ketahui 7 penawar yang anda boleh dapatkan daripada limau kasturi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *