Petua Hilangkan Batuk Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Petua Hilangkan Batuk Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Kali ini kami bawakan petua hilangkan batuk. Batuk adalah normal dan merupakan satu refleksi yang sihat oleh tubuh badan manusia. Namun, apabila ia berlaku secara berpanjangan, ia boleh mendatangkan kesan lain.

Batuk yang berpanjangan boleh mengganggu tidur, kerjaya atau aktiviti seharian anda, menyakitkan dada dan boleh menyebabkan anda keletihan dan lesu.

Selain diri anda sendiri, ia juga boleh mendatangkan gangguan kepada orang lain di sekitar anda terutamanya individu yang banyak bergaul dengan masyarakat seperti pelajar atau kakitangan awam. Ia boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain dan mengganggu suasana persekitaran.

Adalah penting untuk anda mencari jalan untuk menghentikan batuk secara berpanjangan yang anda hidapi. Tahukah anda anda pelbagai petua yang boleh anda lakukan sendiri di rumah untuk memulihkan anda daripada gejala batuk ini?

Petua hilangkan batuk yang kami senaraikan ini adalah mudah untuk dilakukan, malah terbukti berkesan. Jom kita tengok petua hilangkan batuk yang boleh anda amalkan sekiranya anda menghidapi batuk berpanjangan.

Minum air yang banyak

Apabila anda sakit, mukus akan mengalir perlahan ke belakang rongga hidung anda. Dengan mengambil air yang banyak, aliran ini akan menipis dan akan mengurangkan iritasi ke atas tekak yang boleh memulakan batuk. Ia juga akan memudahkan paru-paru anda untuk mengeluarkan buangan.

Selain itu, ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui air kencing anda.

Minum madu

Natural bee honey in a wooden bowl on a white background

Antara petua hilangkan batuk yang anda boleh amalkan adalah dengan mengambil madu. Madu akan mengurangkn kegatalan di kerongkong anda. Satu kajian menunjukkan madu bertindak dengan baik sama seperti ubat yang terdapat di farmasi dalam meredakan batuk pada waktu malam.

Ambil satu sudu besar dan campurkan ke dalam minuman suam. Jangan berikan madu kepada bayi berumur setahun ke bawah.

Minum air panas

Kajian menunjukkan minum minuman panas boleh melegakan batuk. Air panas akan menghidratkan badan dan haba tersebut akan meredakan saluran yuang tersumbat. Minuman panas yang baik adalah seperti teh camomile, atau teh halia yang boleh melegakan otot-otot di saluran pernafasan anda.

Berkumur air garam

Petua ini membantu melegakan keradangan tekak yang menyebabkan batuk yang berpanjangan dan membantu mengeluarkan kahak di tekak.

Anda hanya perlu mengambil segalas air suam dan sesudu teh garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam tersebut selama 15 saat sebanyak tiga kali sehari.

Petua hilangkan batuk ini dilakukan secara beransur-ansur sehingga batuk tersebut hilang. Biasanya cara ini boleh membantu dengan cepat untuk menghilangkan batuk anda, sudah tentu ditambah pula dengan terapi semula jadi atau dengan mengambil ubat-ubatan doktor.

Ambil perhatian bahawa kanak-kanak di bawah umur 6 tidak sesuai untuk menggunakan kaedah berkumur ini kerana bimbang mereka akan tertelan air garam dalam jumlah yang banyak.

Mandi air panas

Mandi air panas akan melegakan kesesakan yang menyebabkan batuk. Stim yang terhasil akan membuka rongga pernafasan dan memudahkan untuk mengeluarkan bahan-bahan buangan seperti mukus. Sekiranya tidak mahu mandi, cukup dengan duduk di dalam bilik air yang dipasang air panas dan pintu tertutup.

Bersihkan hidung

Satu petua lagi adalah dengan membersihkan hidung anda daripada kotoran. Kotoran yang terkumpul ini antaranya adalah mukus dan bahan yang boleh menggalakkan batuk. Adalah digalakkan membersihkan hidung anda dengan menggunakan air garam.

Caranya adalah dengan menyengetkan kepala anda didalam sinki dan dengan menggunakan nati pot atau picagari khas untuk memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya semula.

Elakkan merokok

Merokok boleh menyebabkan paru-paru anda terjejas. Terdapat bahagian dalam paru-paru yang mengeluarkan mukus dan kotoran dari paru-paru anda yang terjejas apabila anda merokok. Itulah sebabnya kebanyakan perokok mengalami simptom batuk berpanjangan. Hentikan tabiat merokok dan jauhi orang-orang yang merokok.

Sekiranya anda seorang perokok, anda mungkin berminat untuk mengetahui lebih lanjut, makanan-makanan yang boleh membersihkan paru-paru anda. Anda boleh klik di SINI untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

Nanas

Barangkali anda jarang mendengar yang nanas adalah salah satu petua menghilangkan batuk. Ini adalah kerana barangkali anda tidak pernah dengar akan bromelain. Kajian menunjukkan bromelain, sejenis enzim yang hanya ditemui dalam batang dah buah nanas, boleh membantu meredakan batuk dan juga melegakan kerongkong anda.

Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair dalam badan bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.

Nanas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus. Makan sehiris nanas atau minum 100 ml jus nanas tiga kali sehari.

Tinggikan tidur

Apabila anda tidur secara menegak ketika menghidap batuk, mukus dan lendir akan senang terkumpul di kerongkong anda. Keadaan ini boleh menimbulkan kegatalan pada kerongkong dan menggalakkan batuk. Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, adalah amat digalakkan untuk tidur dengan bahagian kepala anda lebih tinggi daripada kaki.

Anda boleh melakukan ini dengan menambah bantal ataupun meninggikan tilam anda di bahagian kepala menggunakan buku atau barangan lain yang sesuai.

Punca batuk

Batuk boleh berpunca daripada pelbagai sebab. Antara sebab utama batuk adalah seperti berikut

Virus dan bakteria
Merokok
Asma
Ubat-ubatan

Doa hilangkan batuk

Antara doa yang boleh dibaca adalah sepotong ayat ringkas yang diambil dari Al-Quran iaitu Surah Yunus ayat 57

“Wasyifaa ullimaa Fishsyudur,”

yang bermaksud,

“Penyembuh bagi penyakit-penyakit di dalam dada,”

Untuk mengamalkan doa ini, ia boleh dilakukan dengan mengambil sekali air bunga cengkih. Caranya adalah dengan menumbuk sebanyak kira-kira 20 biji bunga cengkih, sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam kain bersih dan dibungkus seperti ‘sup bunjut’

Selepas itu ambil secawan air panas, tak perlu terlalu panas kira-kira sekitar 40°C (boleh juga kita kata air suam).

Masukkan atau rendam ‘bunjut cengkih’ tadi ke dalam air suam. Biarkan selama kira-kira 20 minit dan biarkan sejuk, sebelum diminum airnya setiap kali batuk.

Selepas minum, letakkan tangan di dada, dan baca doa tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *