Mencur1 Semasa Kanak-kanak, Tindakan Jujur Remaja Ini Buat Ramai Kagum

Mencur1 Semasa Kanak-kanak, Tindakan Jujur Remaja Ini Buat Ramai Kagum

Sebagai manusia, kita pasti tidak lari daripada melakukan kesilapan. Setelah semakin meningkat usia, pasti seseorang itu akan cuba memperbaiki diri dan sedar akan kesilapan masa lalu.

Seboleh-bolehnya, kita seharusnya cuba untuk membetulkan kembali kesilapan tersebut sekiranya masih sempat berbuat demikian.

Terbaru, tular di lawan twitter oleh seorang pengguna yang berkongsi kisah yang berlaku kepadanya di tempatnya bekerja.

Pemilik akaun twitter dengan nama Camelia menceritakan perihal bagaimana seorang remaja telah datang kepadanya ketika bekerja.

Remaja tersebut telah menyerahkan kepadanya sepucuk surat yang berisi dengan wang tunai sebanyak RM30.00.

Camelia menyatakan bahawa susah untuk beliau bertemu dengan pelanggan yang jujur seperti remaja tersebut meskipun telah bekerja sekian lama.

Remaja berkenaan sebenarnya menulis untuk memohon maaf dan bertujuan untuk membayar makanan yang pernah diambilnya semasa masih berumur 9 tahun.

Dia telah melakukan kegiatan tersebut hampir setiap kali berkunjung ke pasaraya tersebut.

Menurutnya, kini dia sudahpun berumur 15 tahun dan sedar yang dia telah memakan dari sumber yang haram dan mahu membayar kembali apa yang telah diambilnya.

Dia berkata “Jadi memohon 1000 maaf untuk kesilapan saya ini. Tetapi saya curi-curi makan bukanlah 1 genggam tapi 3 biji atau bawah 7 biji sahaja”

“Silalah terima ganti rugi saya ini sebanyak RM30 jika terlebih….it’s okay…saya halalkan”

“Maaf kerana tidak dapat face to face sebab saya sudah berpindah ke Terengganu”

Tindakkan remaja ini telah mendapat pujian para netizen yang berpendapat remaja tersebut berani bertanggungjawab ke atas tindakan masa lalunya, dan kerana hendak berubah ke arah kebaikan.

Antara ciapan netizen adalah seperti berikut:

MasyaAllah.. Semoga adik terus Istiqomah.. Alhamdulillah besar rahmatnya dik..mmg patut dipuji sikap adik biskut ikan ini.. MasyaAllah 👍👍

Nmpk mcm lawak..tp kt situla nk tgok mahalnya sebuah akhlak mulia(kejujuran) yg kian terhakis di akhir zaman ni..

Alhamdulilah adik ni dah sedar mencuri tu salah

Moga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua!

Kredit: Twitter Camelia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *