Per0mpak Umpan Buka Pintu, Ibu Tunggal Ini Kongsi Detik Mencemaskan

Per0mpak Umpan Buka Pintu, Ibu Tunggal Ini Kongsi Detik Mencemaskan

Masa kini kita banyak mendengar pelbagai cara yang digunakan oleh per0mpak dan pencur1 untuk memecah masuk rumah.

Seringkali kita dikejutkan dengan berita-berita r0mpakan atau pecah rumah yang berlaku disekeliling kita.

Taktik-taktik yang digunakan mereka kadang-kala tidak terfikir oleh masyarakat biasa yang menjalani kehidupan harian secara normal.

Dengan adanya media sosial, macam-macam teknik yang mereka gunakan dapat kita ketahui, sedikit sebanyak membantu kita untuk mempersiap siaga diri agar tidak berlaku kejadian seumpamanya ke atas diri dan keluarga sendiri.

Terbaru di Melaka, seorang ibu tunggal berkongsi di media sosial detik mencemaskan yang berlaku ke atas keluarganya pada waktu 3.30 pagi ketika masyarakat sedang lena dibuai mimpi.

Kejadian yang menimpa keluarganya itu bermula dengan bunyi alarm kenderaannya yang menyebabkan beliau terjaga.

Menurutnya “Tiba2 alarm kereta berbunyi pukul 3.30 pagi.. cepat2 bangun nak cek kereta.. tengok dari dalam tingkap rumah dulu kenapa kereta berbunyi alarm.. sekali nampak pintu kereta terbuka rengang.. ish berdebar.. sebab malam tadi masa sampai rumah memang daa double cek alarm kereta memang daa pastikan daa kunci..

Katanya lagi, “Pelik sungguh macam mana pagi nie pintu boleh rengang.. dalam hati nak keluar ke tak.. sebab sekarang modus operandi banyak orang nak mer0mpak tengah2 pagi..

Memikirkan keselamatan diri, anak dan adik-adiknya, beliau bertindak menghubungi polis untuk membuat rondaan ke kawasan rumahnya.

Dalam sementara nak menunggu polis sampai ada dengar bunyi macam orang terlanggar baldi dari luar..

Sebaik saja polis tiba barulah mereka berani keluar daripada rumah dan mendapati sememangnya pintu keretanya telah renggang.

Pihak polis juga memuji tindakan beliau yang tidak terburu-buru keluar dan terus menghubungi pihak polis.

Masih menjadi tanda tanya bagaimana pintu keretanya boleh renggang kerana tiada kesan umpilan atau pun pec4h masuk.

Kejadian yang berlaku ini sememangnya wajar menjadi iktibar kepada kita untuk tidak mengambil tindakan sendiri apabila berlaku peristiwa mencemaskan seperti ini.

Rata-rata komen dari netizen bersetuju dengan tindakan yang diambil Diana dan turut berpesan agar sentiasa berhati-hati.

Sumber: fb Diana Fotografer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *