Angkawasan Negara Kongsi Kisah Bersemut Bertemu Dengan Isteri

Angkawasan Negara Kongsi Kisah Bersemut Bertemu Dengan Isteri

Menjalani kehidupan rumah tangga sememangnya mempunyai pelbagai cabaran yang perlu dilalui. Semua orang mahukan rumah tangga yang sentiasa bahagia namun realiti kehidupan membuktikan tidak semua mampu berbuat demikian.

Apa yang penting adalah sentiasa bertolak ansur dan cuba untuk saling memahami antara pasangan. Apapun dalam kehidupan rumah tangga setiap pasangan mestilah menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh pasangan lain jika ingin membina satu institusi kekeluargaan yang kukuh dan bahagia.

Jika ini dilakukan, pastilah perkahwinan yang dilangsungkan boleh kekal lama hingga ke anak cucu. Pelbagai memori manis dan menarik akan dibina sepanjang tempoh itu dan menjadi kenangan untuk disimpan.

Baru-baru ini, angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah berkongsi di media sosial Instagram miliknya berkenaan ulangtahun perkahwinan beliau bersama isterinya, Dr Halina.

Beliau mengingati kembali kenangan ketika mereka mula-mula berkenalan iaitu di HUKM di mana beliau yang berumur 30 tahun ketika itu bekerja sebagai doktor yang sedang mengikuti pengajian sarjana dalam bidang ortopedik. Ketika itu Dr Halina adalah pelajar kepada beliau.

View this post on Instagram

Pic – Our 9th Anniversary When I met Dr Halina way back in 2003 , she was a student of mine at HUKM answering my every questions . That’s when the interest and attraction sets in … I was just a young doctor doing my Masters in Orthopaedic at the time at the age of 30 – Haha that’s young to me … But I wasn’t just looking for beauty with brains . I wanted more than that … I knew what I wanted … I was looking for someone who has all the attributes – her faith , family , intellectuality and certainly beauty comes into play too . My Dad told me that if you wanted to marry a woman , date her mother and you will know everything about her . She will be exactly like her mother in every aspect and was my Dad right … I’d had married earlier then with Dr Halina if it was not for the Angkasawan Programme . The training & selection to Space itself cost me an extra 5 years and another 2 years upon coming back to fulfil my duties as an astronaut . I have always felt 32 is a good age for a man to settle down and 28 for women . But Allah knows best . Alhamdulillah on the 10.10.10 married at the age of 38 to Dr Halina 30 years old . It also coincides with my 12th anniversary to Space – 10.10.07 And my late Dad words of wisdom – to find a wife with a gap of 10 years if possible . Haha And now with 4 children Bella , Tasha , Adam & Noah and InsyaAllah with more to come , I’m truly content , fulfilled and blessed . Hoping it will lasts forever – Amiinn Happy Anniversary my love … The Mother of my Children … Continue being patient , for believing in me and being the pillar of my strength …. Love you till Jannah Just sharing … Salam Everyone … Love As Always … PS – TQ Everyone for all your DM messages 😘 PSS – A short breakfast date this morning before leaving to Alor Gajah for my talks in the afternoon … PSSS- I don’t usually open up talking about love publicly but today is an exception …

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Menurutnya, pada masa itu, “Saya bukan hanya mencari wanita cantik dan pandai, malah lebih dari itu,”

“Saya mahukan seseorang yang mempunyai semua sifat, keimanan, kekeluargaan dan intelektual dan kecantikan pastilah memainkan peranan juga”

Menurut beliau, ayahnya telah berpesan kepadanya sekiranya mahu berkahwin dengan seseorang, berkenalan dengan ibunya dan pastilah beliau akan mengetahui semua berkenaan gadis tersebut. Wanita itu pasti akan menjadi seperti ibunya dalam segala aspek.

Dan kata-kata Ayah saya memang benar,” menurutnya lagi.

Perkahwinan beliau sepatutnya akan berlangsung lebih awal lagi jika bukan kerana Program Angkasawan Negara yang perlu beliau lalui.

Program tersebut melibatkan jangkamasa tambahan selama 5 tahun untuk latihan dan pemilihan dan seterusnya lanjutan 2 tahun untuk menjalankan peranan sebagai seorang angkasawan.

Saya sentiasa merasakan umur 32 tahun adalah tahun yang baik untuk seorang lelaki untuk berkahwin, manakala untuk perempuan pula 32 tahun.”

Tapi Allah lebih mengetahui.”

Pada tanggal 10.10.10, beliau melangsungkan perkahwinannya dengan Dr Halina pada umur 38 tahun dan Dr Halina pula berumur 30 tahun.

Menariknya, tarikh itu juga merupakan ulangtahun perjalanan beliau ke angkasa iaitu pada 10.10.07.

Beliau turut berkongsi pesanan Allahyarham bapanya yang memintanya mencari isteri yang mempunyai jarak umur 10 tahun jika boleh.

Kini mereka telahpun dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Bella, Tasha, Adam dan Noah.

“Saya benar-benar merasa cukup, lengkap dan dirahmati dan berharap ianya akan kekal selamanya. Amin.

Memang menarik kisah ulangtahun angkasawan negara ini bukan. Semoga perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke anak cucu dan terus menghasilkan kenangan indah yang boleh dikongsi bersama.

Kredit: Insta drsheikhmuszaphar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *