Hebat! Pemain Muda Malaysia Ini Antara 60 Pemain Muda Paling Berbakat Di Dunia

Hebat! Pemain Muda Malaysia Ini Antara 60 Pemain Muda Paling Berbakat Di Dunia

Kali ini rakyat Malaysia pasti dapat berasa bangga dengan penyenaraian pemain muda berbakat negara Luqman Hakim Shamsudin sebagai antara 60 pemain muda paling berbakat di dunia yang telah dikeluarkan oleh akhbar negara Inggeris The Guardian.

Daripada 60 orang pemain muda, hanya empat sahaja pemain Asia yang tersenarai. Di dalam senarai tersebut The Guardian mengaitkan Luqman dengan pendapat umum yang mengatakan bahawa beliau adalah antara yang bakal menjadi pengganti lagenda bola sepak tanah air iaitu Mokhtar Dahari.

Luqman merupakan pemenang kasut emas Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) U16 2018.

Beliau akan menandatangani kontrak bersama kelab bola sepak Belgium KV Kortrijk. Luqman sebelum ini telah mendapat perhatian kelab bola sepak di Jepun.

Jika diperhatikan senarai yang dikeluarkan oleh The Guardian itu kebanyakannya didominasikan oleh pemain-pemain dari benua Eropah dan Amerika yang memang dikenali dengan liga bola sepak mereka.

Penyenaraian Luqman merupakan satu pencapaian yang membuktikan keupayaan anak tempatan dalam mengusai dunia bola sepak antarabangsa.

Syabas diucapkan kepada pemain berbakat ini dan pastinya ini merupakan satu permulaan yang baik untuk karier Luqman di luar negara.

Sumber: The Guardian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *