Tercalarkan Kereta Orang, Tindakan Mulia Ini Dipuji Netizen

Tercalarkan Kereta Orang, Tindakan Mulia Ini Dipuji Netizen

Saban hari kita selalu dikejutkan dengan pelbagai kisah dan ragam manusia yang berlaku di sekeliling kita. Kebanyakan yang berlaku adalah berita negatif yang membuat kita merasakan kurang selamat dan tidak yakin dengan tahap kemanusiaan dalam masyarakat terutamanya di bandar-bandar besar di negara ini.

Terbaru seorang lelaki dengan nama Hir Niezam telah berkongsi di media sosial kisah tentang apa yang berlaku ke atasnya yang membuatkan kita kembali yakin dengan ciri kemanusiaan yang masih wujud di kalangan masyarakat di negara ini.

Lelaki itu dalam hantarannya menceritakan perilaku mulia seorang yang tidak dikenalinya yang telah meninggalkan secebis nota dan wang tunai berjumlah RM100 yang terselit di celah wiper kenderaannya.

Kejadian itu berlaku dikatakan berpunca daripada perbuatan secara tidak sengaja oleh orang itu yang menyebabkan kenderaan saudara Hir Niezam tercalar.

Akibat daripada rasa bersalah, orang itu telah meninggalkan nota yang berbunyi:

Saya mintak maaf, saya terscratch kereta awak, ini sahaja duit yang saya ada sekarang. Sorry sebab sikit sahaja.

Lantaran tindakan mulia orang tersebut, Hir telah memaafkan perbuatan tersebut dan telah mendoakan agar Allah memurahkan rezekinya.

Dia juga ingin mencari orang yang telah melanggar keretanya itu. Namun bukanlah untuk mendapatkan gantirugi, cuma ingin memulangkan kembali wang tersebut kepadanya.

Ini kerana ramai yang bersikap melepaskan tangan dan melarikan diri setelah melakukan kesalahan seperti ini. Akibatnya, mangsa terpaksa menanggung kerugian sendirian.

Perbuatan mulia ini mendapat pujian netizen yang rata-rata kagum dengan kejujuran orang itu untuk bertanggungjawab atas kesilapan yang dilakukannya itu.

Kebaikkan bermula dari akhlak yg mulia. Semoga dimurahkn rezeki kedua2 pihak. Aamiin

Tu la. Aku pun rasa macam tu. Mungkin tu je yang dia ada hmm. Kalau dia tk jujur lagi la rezeki dia takde. Semoga dengan kejujuran dia tu allah tambah kan rezeki dia. Amin amin. Hmmm.

Ramai juga yang turut kagum dengan sikap pemilik kenderaan itu sendiri iaitu saudara Hir Niezam yang sedia memaafkan pesalah.

Kedua2 insan punya hati yg baik… Alhamdulillah

10 hanya 1 saja yg jujur ikhlas..mengaku kesalahan die..semoga allah berkati rahmati insan yg sebaik jujur..dan juga oner kereta yg baik hati..amin

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Sikap bertanggungjawab dan sikap memaafkan ini akan membawa kepada masyarakat yang harmoni dan selamat.

Kredit : fb Hir Niezam dan Careta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *